BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 7, 2009

Kenangan Lalu

Adakalanya kita terleka dengan duniawi sekarang ini. Namun apa yang kita miliki sekarang tidak akan kekal untuk selamanya. Hari ini, kita berada di atas namun tidak bererti kita akan terus kekal di posisi itu sehingga selamanya. Itulah ayat yang sering kita dengar walau dimana pun kita berada. Apa yang saya ingin katakan juga tidak bererti saya tahu semuanya. Kenangan yang lalu banyak dijadikan pengajaran bagi kebanyakkan kita. tetapi kenapa kita tidak ambil iktibar dari semua kenangan yang lalu itu dan simpan ia sebagai kenangan sahaja dan jangan diulangi kenangan itu kerana ia akan mengingatkkan kita kepada apa ayang pernah berlaku, ingatkan kita kepada seseorang dan semuanya yang sewaktu dengannya. Bagi peminat setia novel, sudah semestinya mereka akan biasa dengan apa yang cuba dipersoalkan ini. Majukan diri kita untuk mencapai apa luar biasa dari biasa. Kerana masih ramai yang di luar sana yang sedang tercari - cari arah tuju hidup masing - masing terutama sekali para graduan yang hari demi hari bergraduat. Impian mereka cuma satu iaitu mencari "KEHIDUPAN".

0 comments: