BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 2, 2009

Tanjak warisan Melayu




DENDAM Tak Sudah, Sarang Kerengga dan Kacang Dua Helai Daun. Pasti ramai beranggapan ini tajuk lagu atau album, tetapi hakikatnya inilah kebanggaan rakyat Negeri Sembilan yang merujuk kepada jenis tengkolok atau lebih dikenali sebagai destar.

Keunikan itu bukan saja terletak kepada namanya, tetapi juga perbezaan dan jenis lipatan tengkolok yang menjadikannya amat istimewa. Malah keistimewaannya terus bertahan sehingga membolehkan tanjak warisan itu terus menjadi simbol kebanggaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.

Dendam Tak Sudah misalnya, adalah lipatan khas untuk yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Malah apabila baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, destar itu turut menjadi tanjak rasmi Yang Di Pertuan Agong sehingga ke hari ini.

Sudah pasti, rahsia keunikan destar atau tanjak ini terletak kepada pembuatnya yang bukan sekadar berlapikkan pengalaman, tetapi kemahiran, minat serta kreativiti.

Inilah keistimewaan dimiliki Md Isa Md Ali, 72, yang masih gigih meneruskan usaha menghasilkan pelbagai jenis destar tradisional baik bagi kegunaan kerabat diraja, barisan kenamaan dan orang kebanyakan serta butik pengantin sekitar Negeri Sembilan.

Namun, bagi Md Isa, antara pengalaman paling berharganya adalah menghasilkan destar bagi Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

0 comments: